Catatan Yang Ditampilkan

Anda perlu tahu istilah ini bila berada di sabah

kamu perlu tahu istilah ini dan kegunaan ayat ini bila berada di sabah. hehe..selamat membaca. 1. Kain - Pakaian (cth : mana kain saya?=...

Selasa, 11 April 2017

Nak cari pantai dekat dengan Kuala Lumpur? BIAR BETUL??!

hai semua..lama sudah tidak update blog. disebabkan admin ada sedikit masalah teknikal dan akhirnya berjaya juga diselesaikan. ok kita teruskan cerita pada kali ini...

baru-baru ni admin terlibat dalam projek akhir RKV(Jurusan) di pantai Bagan Lalang, Sepang. admin bersama-sama dengan rombongan pelajar yang lain lah... apa yang menarik kali ini adalah kami telah menyiapkan tiga arca dalam saiz ang agak besar juga. dibawah ni admin bagi kamu tengok gambar arca pasir yang kmupulan admin buat,
apa macam ok kah? ini kumpulan kami buat. yang kumpulan lain lagi ada juga,

boleh tahan jugalah kan. lagipun ini pertama kali kami buat. admin sendiri pun tidak pernah lagi buat arca pasir sebesar ini, selama ini pun admin buat arca biasnya besi dengan kayu.

apa yang menarik selain aktiviti ini ialah, kalau kamu datang disini kamu boleh berkelah atau melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti bermain bolah tampar dan banyak lagi. apa yang best dia kamu boleh nampak ribuan anak-anak ketam keluar daripada pasir bila air masih surut.

kemudahan seperti tandas, surau untuk yang beragama islam solat, kafeteria dan pondok-pondok pun ada di sediakan. makanan-makanan dikafeteria pun dalam lingkungan harga yang berpatutan. waktu tengahari di sini sangat sesuai "oder" ABC(ais batu campur) dengan Air Laicikang(air laici kacang) sebab sejuk-sejuk masuk ditekak. rasa dia macam "heaven". kafeteria dia ada juga jual makanan laut, bagi mereka yang suka makan makanan laut macam ketam, udang, kerang dan sebagainya.
nah ni lah air laici kang yang admin bilang tu...rasa dia memang perghhhhh...harga baru rm3.00 satu.

apa yang paling penting ialah tempat ni free dan dibuka kepada orang awam. kalau kamu yang berada di KL sekarang terutamanya orang-orang daripada sabah dan sarawak bolehlah kamu datang sini. pantai ni apa yang admin dimaklumkan adalah, tempat ni merupakan antara tempat yang terdekat kalau kamu mau beriadah atau berkelah dipantai. admin harap dengan sedikit info yang admin kongsi ni mampu menarik minat kamu datang di tempat ni...

 inilah barisan ahli kumpulan admin yang ceria-ceria dan bertenaga hehehe...
tidak mau ketinggalan..sempat juga ambil foto persendirian...terima kasih kepada fotograper : @Themhbkgraphy sebab ambil foto ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan