Catatan Yang Ditampilkan

Anda perlu tahu istilah ini bila berada di sabah

kamu perlu tahu istilah ini dan kegunaan ayat ini bila berada di sabah. hehe..selamat membaca. 1. Kain - Pakaian (cth : mana kain saya?=...

Khamis, 3 November 2016

TIPS! BELAJAR LAST MINIT SEBELUM PEPERIKSAAN!

kali ni admin mau kongsi sikit pengalaman kepada kawan-kawan semua pasal tips belajar last minit sebelum menduduki peperiksan. bukan mau menggalakkan orang ramai belajar last minit tapi perkara ni memang berlaku dengan admin sendiri dan ada juga kawan-kawan admin yang macam hari ni. pernah satu kali tu kan admin punya exam besoknya malam ni admin belajar berabis..ahahaha...memang kaw kaw lah.. tapi tujuan admin mau kongsi ni hanya untuk rujukkan lah kan...sebab admin tau ada yang malas mau belajar banyak-banyak lepas tu kan lupa apa yang di baca? jadi daripada kamu malas belajar lama-lama sebelum exam bagus kamu ada dapat luang kan sedikit masa belajar sebelum exam...sekurang-kurangnya ada juga "input" yang kamu dapt kan..hehehe

Sesi graduasi admin bersama guru tutorial

Sesi graduasi admin bersama guru tutorial


ok perkara yang paling penting admin mau kongsi yang pertama iaitu..

1. keselesaan cara mau belajar?
- admin selalunya kalau belajar perlu tempat yang sunyi barulah masuk dalam otak apa yang dibaca. kalau kamu tidak dapat belajar atau fokus di tempat yang bising, jadi carilah tempat yang sunyi. tu cara dia mau cari tempat yang selesa, maksudnya kamu cari tempat yang kamu suka dan senang mau blajar.

2. baca, ingat dan cuba tulis?
- ini adalah satu perkara yang susah jugalah tapi ini lah yang admin pernah buat dulu masa mau dekat spm. 3 hari sebelum spm admin belajar mcm ni lah ...memang x baik lah sebenarnya tapi apa boleh buat kan...admin ni bolehlah dikatakan pemalas sikit...jadi daripada xda belajar langsung bagus ada ilmu sikit-sikit kan?  jadi kalau kamu membaca, contoh lah baca buku sejarah? pastikan kamu baca sambil mengingat. lepastu kamu cuba tulis balik apa yang kamu baca berdasarkan apa yang kamu baca? jangan ikut secara formal. kalau kamu mau buat dalam bentuk cerita pun boleh contohnya lah kan, macam admin baca pasal sejarah dunia, admin akan bercerita macam bercakap dengan seseorang (cth: lepas ja kejatuhan empayar rom...bla..bla..bla..trus timbul lah semangat ...bla..bla..dalam diri dorang). lebih kurang macam tu lah... tpi diingatkan sekali lagi kalau mau belajar jangan saja lari dari konsep asal lah..contohnya fakta dan sebagainya..

3. jangan baca teks yang panjang-panjang?
- ini admin punya pendapatlah tapi tidak tau lah kalau kamu kan..hehe..kalau admin belajar last minit admin akan elakkan daripada membaca teks yang panjang-panjang, sebab apa nanti diri kita akan jadi bosan dan mengantuk. ni kan lagi malas mo blajar setiap hari sebelum peperiksaan apalagi mau baca teks yang panjang-panjang kan...tpi itu tidak pasti lah..lain orang lain dia punya penerimaan. tapi kalau macam admin tu cara admin. baca teks yang ringkas contohnya nota ekspress, kan skrg banyak di internet jadi baca ja dri internet.. kadang-kadang ada juga buku yang ada ringkasan bab jadi baca bahagian tu.

4. buat kajian?
- mesti kamu rasa pelik kan kenapa perlu buat kajian? nah admin mau kongsi rahsia ni dengan kamu..hehe..begini cerita nya..katakan lah kamu ada masa seminggu lagi sebelum exam cuba buat kajian pasal soalan-soalan yang paling banyak orang sebut dan orang tak sebut? maksudnya target lah. kadang-kadang ada juga yang ditarget tidak keluar kan...tapi kita kena buat kajian juga pasal target tu sebab ada soalan-soalan tahun-tahun lepas mungkin akan keluar balik kan. lepastu kaji balik keputusan peperiksaan sebelum ni? apa yang perlu di betulkan atau di tambah dan sebagainya. misalnya macam kamu punya markah untuk subjek maths rendah sebelum ni, so kaji balik di mana kelemahan tu.

5. belajar dan fokus apa yang kita rasa susah?
- tips untuk last minit ni, blajar apa yang kita rasa susah sahaja. macam admin dulu waktu sebelum peperiksaan stpm, admin hanya belajar apa yang paling susah untuk admin dapat. sebab ini akan memberi kita fokus utama dalam pembelajaran kita, kita tau apa yang perlu kita fokus dan apa yang kita lemah. kalau perkara-perkara yang mudah tu kita mungkin boleh ingat kan...

6. pengurusan masa?
- ini benda yang paling penting admin mau tekankan. cakap pasal pengurusan masa ni, kalau kamu mau belajar pilih masa yang sesuai. contohnya macam admin dulu, admin akan mula belajar selepas waktu makan malam, mungkin dalam pukul 8.00 malam lah camtu sampai pukul 9.30 malam. kenapa admin mau belajar lepas waktu makan sebab masa tu tiada sudah yang mau ganggu, untuk yang tinggal dengan keluarga macam admin, keluarga adminakan buat kerja sendiri sudah lepas waktu makan jadi keadaan ada tenang sedikit. tapi kalau kamu belajar dalam masa satu jam lebih ataupun mungkin dalam dua jam kah camtu, jangan lah terus-terus tanpa rehat. selang-selangkan masa kamu tu, contohnya, lepas habis satu bab, ambil masa 1 minit untuk stop sekejap pastu sambung balik.

itu saja lah yang admin boleh kongsi pasal pengalaman dan cara admin belajar last minit, tapi admin tidak galakkan ok! sebab masa depan di tangan anda, kalau mau berjaya kena ada pengorbanan dan usaha tau. tidak semestinya kamu blajar last minit kamu dapat dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, ini hanya untuk tips yang mau dekat-dekat sudah peperiksaan. tapi kalau ada beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan kena lah rajin belajar dan datang kelas ok. sebab setiap hari ilmu yang guru kita bagi itu umpama "emas" sebab ia bernilai. apa-apa pun selamat berjaya kepada yang akan ambil peperiksaan selepas ini, admin berharap kamu dapat lah sikit-sikit manfaat daripada perkongsian admin ni yang tidak seberapa..heheh..terima kasih dan selamat maju jaya.
Sam Smith - I'm not the only one (Cover)