Catatan Yang Ditampilkan

Anda perlu tahu istilah ini bila berada di sabah

kamu perlu tahu istilah ini dan kegunaan ayat ini bila berada di sabah. hehe..selamat membaca. 1. Kain - Pakaian (cth : mana kain saya?=...

Isnin, 17 April 2017

Anda perlu tahu istilah ini bila berada di sabah


kamu perlu tahu istilah ini dan kegunaan ayat ini bila berada di sabah. hehe..selamat membaca.

1. Kain - Pakaian (cth : mana kain saya?= mana baju saya)

2.Bubut - Menyusul/kejar (cth : nanti saya bubut, kamu jalan dahulu = nanti saya akan menyusul, kamu jalan dahulu,

3. Roti - Biskut (cth : sedaplah ni roti jenama tiger = sedaplah biskut jenama tiger)

4. Cuka - Air asam (cth : ikan masin sangat sedap bila dimakan dengan cuka = ikan masin sangat sedap bila dimakan dengan air asam)

5 Kedapatan - Kantoi (cth : padan muka kedapatan, siapa suruh mencuri = padan muka kantoi, siapa suruh mencuri)

6. Gerigitan - Geram (cth : baby comel itu buat saya rasa gerigitan sampai rasa mahu cubit pipi dia = baby comel itu buat saya rasa geram sampai rasa mahu cubit pipi dia )

7. Haus - Dahaga (cth : saya haus, saya perlukan air = saya dahaga, saya perlukan air)

8. Mengorok - Berdengkur (cth : zahid mengorok terlalu kuat bila tidur = zahid berdengkur terlalu kuat bila tidur)

9. Tapuk - Sembunyi/sorok (cth ; Jom main tapuk-tapuk = jom main sembunyi-sembunyi/sorok-sorok

10. Cuci - Basuh (cth : tolong cuci pinggan selepas guna = tolong basuh pinggan lepas makan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan