💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗Hai selamat datang ke blog ini.💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗
Pada kali ini saya akan menceritakan dan menerangkan sedikit perkongsian tentang topik kita pada hari ini.
topik kita pada hari ini adalah "10 Sebab Kenapa Anda Perlu Datang Ke Pesta Kaamatan". kali ini admin akan kongsi pengalaman admin sebagai anak jati sabah yang membesar dengan perayaan atau pesta ini. apa yang paling menarik adalah anda mungkin akan terbuka hati selepas membaca perkongsian ini. ok kita mula kepada sebab yang pertama :
1. Suku Kaum KDM(KADAZAN DUSUN MURUT)
Kenapa admin menyebut Suku kaum KDM adalah disebabkan, pada masa perayaan inilah kamu berpeluang melihat semua suku kaum KDM dari seluruh pelusuk sabah berkumpul bersama dan meraikan perayaan pesta kaamatan dengan meriah. contohnya, anda boleh melihat kaum-kaum KDM lain seperti suku kaum Tatana, Kadazan penampang, murut, lotud dan ramai lagi.
2. Bahasa ibunda
Ini satu sebab yang menarik juga dimana kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis kaum KDM dengan bahasa inbunda yang berbeza-beza. dengan itu kita berpeluang belajar bahasa ibunda suku kaum lain.
3. Busana/pakaian tradisional
Pakaian tradisional atau busana daripada suku kaum KDM juga dapat kita lihat, dengan pakaian yang berlainan untuk setiap suku kaum KDM. dengan sulaman manik-manik yang cantik dan berkilauan seerta kain yang di jahit serta disulam kemas sangat menarik perhatian setiap mata yang memandang. jangan lepaskan peluang okey!
4. Makanan Tradisi
Kalau anda datang ke pesta kaamatan memang tidak sah kalau tak merasa masakan tradisi kaum KDM. anda sangat rugi bila tak merasa masakan tradisi yang dihidangkan dan percuma pula tu? bukan selalu kita dapat merasa masakan tradisi kaum KDM ini. antara contoh masakan tradisi kaum KDM yang sangat sedap dan admin sendiri pernah rasa serta masak sekali ialah, hinava (isi ikan yang dicecah dengan air asam dan cili padi), bosou (jeruk ikan), jaruk bambangan (jeruk buah palam), Tuhau, dan banyak lagi makanan tradisi yang menarik selera anda semua. kalau admin ni, sampai menapau bawa balik lagi, hahaha..
5. Minuman Tradisi
Ok yang ini pun salah satu tarikan dimana pada masa perayaan ini, kita dapat melihat pelbagai jenis minuman tradisi suku kaum KDM. Contohnya, Tapai, bahar, linutau, montoku, tandawai dan banyak lagi. tapi kesemua minuman diatas boleh memabukkan ok. ini lebih kepada arak tradisional tetapi diperbuat daripada alam semula jadilah bukan ada campuran kimia atau sebaliknya yang tidak sihat. walaupun kita tidak minum kita cuma dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk melihat sendiri jenis-jenis minuman tradisi suku kaum lain kan. jadi manfaatkan peluang itu.
6. Permainan Tradisional
Kalau sebut pasal permainan tradisional memang admin paling suka, sebab pada masa ni lah kita dapat merasa sendiri bagaimana bermain permainan tradisional suku kaum KDM. contoh permainan yang selalu di mainkan masa pesta ni ialah, pertandingan melastik, milokud(gusti lengan), rampanau(Permainan menggunakan galah), sumpit/sopuk(menyumpit) dan banyak lagi permainan tradsional yang lain.
7. Kraf tangan
selain makanan, minuman, pakaian, dan permainan anda juga boleh melihat hasil seni suku kaum KDM dimana pelbagai jenis kraf tangan yang di hasilkan sendiri oleh suku kaum KDM. yang paling menariknya adalah anda boleh juga membeli hasil kraf tangan tersebut dengan harga yang berpatutan. contoh kraf tangan yang ada seperti Wakid, bakul, barait, gelang, rantai dan banyak lagi. jadi kalau mau jadikan hadiah untuk kawan-kawan pun boleh yang penting ada duit hahaha.
8. Sugandoi
ini juga salah satu acara yang paling dan sangat-sangat di tunggu-tunggu terutamnya admin sendiri, pertandingan sugandoi. sugandoi ni bermaksud pertandingan menyanyi. apa yang menarik adalah pertandingan menyanyi ni bukanlah menyanyi lagu-lagu melayu atau bahasa-bahasa lain tetapi menyanyikan lagu-lagu bahasa ibunda tempatan suku kaum KDM. waktu inilah anda dapat melihat dan menyaksikan kehebatan serta berbakatnya orang-orang yang datang dariapada suku kaum KDM. dan yang paling menarik lagi adalah anda juga dapat menyaksikan persembahan setiap wakil daripada daerah-daerah yang berlainan dengan lagu serta bahasa yang berlainan.
9. Unduk Ngadau
Sudah menjadi tradisi dan kepastian untuk setiap kali pesta kaamatan diadakan. acara unduk ngadau adalah salah satu acara yang paling ditunggu-tunggu. unduk ngadau bermaksud pertandingan Ratu Cantik. dimana pertandingan ini bertujuan untuk mencari seorang wanita tercantik daripada suku kaum KDM. unduk ngadau bukan sahaja mencari seorang wanita yang cantik tetapi mencari seorang yang mampu menjadi contoh atau role model kepada belia-belia diluar sana. sekiranya anda berpeluang datang ke pesta kaamatan yang di langsungkan setiap tahun di KDCA anda kan berpeluang melihat puluhan wanita yang mewakili setiap daerah-daerah yang ada di sabah untuk bertanding siapakah yang akan dinobatkan sebagai unduk ngadau peringkat negeri.
10. Pelbagai
Akhir sekali adalah, sekiranya anda berpeluang datang merayakan pesta kaamatan anda bukan sahaja dapat melihat suku kaum KDM tetapi juga dapat berjumpa dengan pelbagai bangsa dan kaum lain selain kaum KDM. contonhya, anda mungkin boleh berjumpa dengan kaum bajau, bugis, cina, brunei dan banyak lagi. masa perayaan ini juga anda juga berpeluang berjumpa dengan orang-orang daripada luar negara iaitu pelancong-pelancong daripada luar negara yang datang sama-sama merayakan pesta ini.
kesimpulannya apa yang admin kongsikan ini dapat menarik perhatian anda untuk datang meraikan pesta kaamatan ini. memamng tidak rugi dan tidak menyesal bila anda datang ke pesta ini. pesta ini bukan sekadar untuk berseronok tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat. pada ketika ini jugalah masanya untuk suku-suku kaum KDM berkumpul bersama bergabung tenaga dengan berkerjasama satu sama lain menjayakan pesta ini. dengan itu hubungan silaturahim akan semakin kuat dan erat.
Admin berharap sangat-sangat anda dapat meraikan pesta kaamatan yang berlangsung setiap kali bulan mei. sedikit pesana kepada mereka yang berada di luar sabah janganlah kamu lupa balik kalau ada masa, sebab masa inilah kita berjumpa dengan keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan kita. ok itu saja perkongsian admin pada kali ini. aramaiiitiiiiii...KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN!!!!! KIHOIII
Tiada ulasan:
Catat Ulasan